Friday, 2 March 2018
HOLIDAY CNY
CUTI BUAT APA???
Hi dan assalamualaikum.
Okay so i want to share some of my activities during holidays. Basically pada hari cuti saya akan pergi bercuti dengan family and keluar lepak dengan kawan. So matrik cuti CNY and midsem pada 14 Februari hingga 24 Februari yang lalu.
Saya pulang dari matrik pada hari Rabu petang. Then malamtu pulak bertolak ke Kuala Lumpur bersama keluarga. Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur saya dan kakak terpaksa bergilir memandu sebab abah dan umi menaiki kereta lain. Even penat tapi takpelah sebab bukan selalu dapat luangkan masa dengan family. So pagi tu kami sampai KL tapi sebelum check in hotel, kami pergi ke Putrajaya kerana abah dan umi ada urusan kerja, Pada tengah hari macamtu baru kami pergi check in dekat Hotel Concorde. Pada sebelah malamnya kami semua meluangkan masa bersama dengan pergi makan di restoran yang berada di belakang hotel. So time ni la kami dapat berborak sepuasnya. Pada pukul 11 malam saya lepak sorang-sorang dekat lobby. Eh tetiba terserempak dengan Mia Ahmad dengan suami. Apa lagi selfie la kahkahkahh...
So pada pagi esoknya kami breakfast sama-sama. Lepas breakfast kami terjun swimming pool yela sebab nak bakar lemak sikit. Pukul 11 macamtu kami check out and ronda KL. Sempat jugak shopping dekat MyTown yang baru bukak dekat Ikea Cheras. Then petang tu baru bertolak balik.
Then hari cuti yang masih berbaki tu pulak saya keluar lepak dengan kawan-kawan. Yela dah lama tak jumpa, Lagipun semua balik cuti so time ni la nak bersua muka pun huhuhu.
Hari Ahad pula pergi makan-makan dekat seoul garden dengan family and sepupu. Haa yang ni lagi lama tak jumpa rindunyaa dekat semua. Lepas balik dari seoul garden kawan datang rumah ajak lepak dekat jubli emas so apa lagi terjah laa. Then malamtu pergi food festival dekat Jitra semata-mata nak makan ice kepal milo viral tu.
Hari berganti hari eh dah nak kena balik matrik dah hmm murung la hahaha *melawak je k*, So cuti tu memang best lah kan sebab dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebab budak matrik dah takdak cuti panjang lagi dah. Tunggu cuti sem pulak. Lastly, good luck everyone for this upcoming pspm 2 huhuhu
Labels:
CUTI CNY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment