Monday, 26 February 2018

KATA-KATA NASIHAT YANG BERGUNA


NASIHAT AGAMA


1. mulailah harimu dengan solat fajr dan doa-doa di pagi hari agar kau mendapatkan keberuntungan dan kejayaan
2. lanjutkan dengan istighfar agar syaitan menghindar darimu
3. jangan putus berdoa, kerana sesungguhnya doa merupakan tali kejayaan
4. ingatlah bahawa apapun yg kau katakan akan dicatat oleh malaikat
5. senantiasalah optimis meskipun engkau dalam puncak kesusahan
6. jika engkau menghadapi kegelisahan dan berbagai kegundahan maka ucapkanlah “laa ilaaha illallahu”
7. belilah dengan wang dirhammu (berinfaklah) untuk mendapatkan doa orang fakir dan kecintaan orang miskin
8. sujud panjang dengan khusyuk itu lebih baik daripada istana-istana yang megah.
9. berfikirlah sebelum berkata, bisa jadi satu perkataanmu bisa mematikan (menyakiti hati orang)
10. berhati hatilah terhadap doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang terampas haknya
11. Sebelum engkau membaca buku, majalah, bacalah terlebih dahulu AlQur’an
12. jadilah kau sebab bagi keistiqomahan keluargamu
13. bersungguh-sungguhlah jiwamu melaksanakan ketaatan, kerana jiwa manusia itu senantiasa mengajak kepada keburukan
14. Ciumlah telapak tangan kedua orang tuamu, kau pasti mendapatkan keredhaan
15. Baju-baju lamamu merupakan baju baju baru menurut orang orang fakir

No comments:

Post a Comment